28 Disember 2009

Pengumuman






1. Alhamdulillah. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dengan diterajui oleh badan badan utamanya iaitu Rakan Masjid, RCSU dan MPPUTP telah bersatu untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.

2. Tepat jam 10.00 pagi hari ini, satu jawatankuasa rasmi telah dibentuk untuk menjadikan misi kemanusiaan ini satu realiti.

3. Seramai 5 orang mahasiswa dan 2 orang penasihat dijangka akan mengikuti rombongan yang menyampaikan wang bantuan serta pakaian kepada mangsa bencana yang dijadualkan akan berlepas pada 16 Januari 2009 hingga 20 Januari 2009.

4. Mulai hari ini, blog ini : misiutp.blogspot.com akan menjadi blog rasmi catatan dokumentasi perjalanan misi kembara manusia ini.

Mohd Hakim Mohd Nor
Jurucakap" MISI KEMANUSIAAN UTP KE PADANG INDONESIA"