Kronologi Gempa Padang
- Gempa bumi Padang 2009 berskala 7.6 richter berlaku pada pukul 5.16 petang, 30 September 2009 di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Negara terlibat Indonesia, Singapura, Malaysia. Kematian melebihi 1100.
- Titik gempa itu terletak di km 57 barat laut Pariaman di kedalaman 71 km. Kemudian disusuli gempa bumi kedua sebesar 6.2 pada skala richter pada 5.38 petang berpusat di km 22 ke barat laut Pariaman di kedalaman 22 km.
- Datuk Bandar ( Wali Kota ) Padang menyatakan jumah mungkin bertambah kerana terperangkap dalam runtuhan bangunan termasuk hotel. Kota Padang gelap gelita akibat terputus bekalan elektrik dan hujan lebat. Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkibau ditutup sementara akibat kerosakan yang dialami. 1000 bangunan rosak teruk. Antaranya ialah Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky, Hotel Ambacang.
- Saiz sebesar ini pernah berlaku pada tahun 1906 di San Francisco, tahun 1935 di Quetta, tahun 2001 di Gujerat, dan tahun 2005 di Kashmir. Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Holmes menyatakan 1100 terbunuh kerana 1000 bangunan runtuh termasuk hotel dan rumah di Padang. Rumah di Tasik Maninjau turut rosak kerana tanah runtuh setelah gempa bumi berlaku. Ada 3 gunung berapi di Sumatera Barat iaitu Gunung Merapi, Gunung Talang, dan Gunung Tandikat.
- Pada 24 Disember lepas, sekali lagi bumi Padang berlaku gempa dengan 6.2 skala ritcher tapi dilaporkan tanpa sebarang kematian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan