Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

10 Januari 2011

UTP kutip dana untuk misi Yogyakarta - Harian Metro


PRIHATIN terhadap kesengsaraan mangsa gunung berapi Merapi, Yogyakarta Indonesia yang meletus, baru-baru ini, Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak dengan kerjasama Alumni UTP dan South East Asian Regional Assembly Muslim Youth (SARMY) melancarkan kutipan dana bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Yogyakarta Indonesia.

Program itu turut menyasarkan matlamat agar bantuan diterima mampu mengeratkan lagi perhubungan dan kerjasama antara dua negara. Misi kali kedua itu dilancarkan selepas Misi Bantuan Kemanusiaan UTP ke Padang Indonesia pada awal 2010 lalu yang dilanda gempa bumi.

Timbalan Pengarah Misi Khas Bantuan Kemanusiaan, Norhazini Awang, berkata pemilihan Yogyakarta mampu mengembalikan keceriaan penduduk selepas mengalami kesedihan akibat dilanda tragedi dahsyat.

Menurutnya, ia sebagai tanda sokongan UTP terhadap program kebajikan dan pembangunan sosial.

"Melalui misi ini, UTP berharap mampu membantu meredakan kesedihan ditanggung mangsa terbabit selain membuktikan keprihatinan kami.

"Misi ini memberi pendedahan warga UTP terhadap program kemanusiaan dan pengantarabangsaan," katanya.

Program empat hari itu memberi fokus utama kepada program motivasi kepada anak yatim termasuk golongan ibu kerana mereka berisiko mengalami trauma selain bimbingan memulakan kembali penghidupan.

Dana sebanyak RM30,00 diperlukan bagi menampung pembinaan pusat komuniti, baik pulih sistem saliran dan perbelanjaan lain.

"Kami berharap ada pihak prihatin menyokong usaha mewujudkan program ini di masa depan.

"Warga UTP sentiasa proaktif menjalankan misi kemanusiaan kerana yakin ia mampu menjana proses pendidikan berkesan," katanya.


Sumber: Harian Metro

1 Januari 2011

Usaha Kutipan Dana Giat Dijalankan

Antara usaha dalam objektif menjayakan misi ke Yogyakarta bagi membantu mangsa letusan Gunung Merapi adalah kutipan dana. Sedia maklum, misi ini pasti memakan belanja yang besar dan dianggarkan oleh secretariat misi bahawa jumlah perbelanjaan yang bakal dikeluarkan bagi membantu mangsa adalah lebih dari RM30 000.

Jadi antara ikhtiar yang telah dilaksanakan dari pihak pejuang-pejuang misi adalah kutipan dana secara mega di dalam UTP, luar UTP, kedai-kedai sekitar Perak, masjid-masjid dan juga sumbangan individu.

Alhamdulillah.. sepanjang 2 minggu lebih kami ‘berkampung’ di UTP telah menghasilkan banyak kutipan dana bagi membantu mangsa-mangsa Gunung Merapi terutamanya kanak-kanak kecil yang masih bersekolah. Kebanyakan daripada mereka telah kehilangan segalanya semasa rumah mereka dijilat oleh asap yang panas yang mengakibatkan kebakaran serius.

Keadaan rumah yang terbakar akibat debu panas daripada aliran lava.

Justeru AYUH!! kita terus hulurkan bantuan dan ringankan beban. InsyaAllah setiap sesuatu yang kita beri akan dibalas setimpal bahkan lebih baik daripada apa yang telah kita berikan.


“ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

( Surah Al Baqarah : Ayat 261 )


DETIK-DETIK SEKITAR KUTIPAN DANA

Tabung yang digunakan. Dibuat oleh pejuang misi sendiri.

Bincang. 

Idea.

Flyers.

Liqa Al-Mulk.

Berkongsi. 

Doa. 

Munajat.

Team Bola. 

Freestyle.

Pasar Malam. 

Pengarah. 

Sumbangan Halida. 

Sumbangan Syahara Caley. 

Sumbangan Hilwani Kedai Kek. 

Hilwani.

Sumbangan Dobi Speed Kleen 

Sumbangan V5 Water World

Sumbangan Kedai Kak Sufiah 

Mencari. 

Memasang.

Masih memasang. 

Alhamdulillah.
   
Masjid Negeri Ipoh.


SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI

Rakan Masjid UTP (Tabung Kebajikan RM)
0807-0001107-20-8 (CIMB Islamic)

ATAU

Hubungi : Muizz (013-959 4930) / Zaiyinul (019-4549914)

28 Disember 2010

Misi UTP Mendapat Perhatian Sinar Harian

  
UTP bantu mangsa gunung berapi


SERI ISKANDAR - Simpati dengan nasib yang menimpa mangsa gunung berapi di Indonesia, Universiti Teknologi Petronas (UTP) mengutip dana bagi Misi Bantuan Kemanusiaan ke Yogyakarta pada Januari depan.

Timbalan Pengarah Misi Khas Bantuan Kemanusiaan, Norhazini Awang, 22, berkata, misi itu kali kedua yang akan dilancarkan selepas Misi Bantuan Kemanusiaan UTP ke Padang Indonesia pada awal 2010.

Menurutnya, aktiviti itu dijalankan bagi memastikan rakyat negara ini lebih peka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

"Kami akan membantu mangsa dengan memberi motivasi kepada anak-anak yatim dan golongan ibu memandangkan kejadian itu mengubah banyak perkara dalam kehidupan mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Norhazini berkata, misi itu akan dianggotai wakil dari Rakan Masjid (UTP) dan beberapa badan pelajar lain dengan kerjasama Alumni UTP dan South East Asian Regional Assembly Muslim Youth (SARMY).
Menurutnya, program yang dijalankan selama empat hari itu akan bermula pada 5 hingga 8 Januari depan.
“Bagi merealisasikan misi itu kami masih memerlukan dana sebanyak RM30,000 untuk menampung pembinaan pusat komuniti, baik pulih sistem saliran dan beberapa perbelanjaan lain.

“Kami berusaha mengumpul dana itu melalui program amal, mengutip sumbangan daripada pensyarah dan syarikat tertentu," katanya.

Kepada individu yang berminat untuk menderma boleh menyalurkan bantuan ke CIMB Islamic Bank melalui akaun 0807-0001107-20-8, atas nama Rakan Masjid UTP.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung Pengarah Misi Bantuan Kemanusiaan ke Yogyakarta, Zaiyinul Ain di talian 019-4549914.

Sumber: Sinar Harian

Sasaran Baru "Misi Khas: Bantuan Kemanusiaan UTP" Ke-2

Seawal Januari 2009, satu pasukan misi bantuan khas kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia telah pun selamat menyampaikan bantuan. Antara gambar yang menjadi kenangan dan bukti kepada bantuan yang disalurkan adalah seperti di bawah.

Sebelum bertolak. Gambar diambil bersama Rektor UTP, Datuk Dr Zainal Abidin b Hj Kasim. 


Gambar kejayaan misi diambil bersama penduduk Padang, Indonesia.

Alhamdulillah~~

NAMUN.............

Seawal bulan November 2010, kita telah dikejutkan pula dengan satu kejadian bencana alam yang rakus meragut ratusan nyawa, ribuan tempat berteduh dan kemudahAN awam serta ratusan ribu yang terpaksa dikeluarkan dari tempat tersebut, yakni


LETUSAN GUNUNG MERAPI
YOGYAKARTA, INDONESIA

Letusan Gunung Merapi kuat yang berlaku pada 5 November 2010 lalu telah menyebabkan lebih 320,000 orang mangsa bencana terpaksa meninggalkan tempat kediaman, ribuan rumah kediaman musnah, manakala puluhan sekolah dan masjid rosak teruk. Lebih menyedihkan, lebih 300 orang maut dalam tragedi ini sehingga hari ini.Oleh itu, mereka sangat memerlukan bantuan untuk membina rumah kos rendah, pusat komuniti, pembaikpulihan sistem saliran dan bantuan alatan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, satu misi khas bantuan kemanusiaan berbekalkan 7 tenaga manusia ke sana telah pun dirangka yang melibatkan  beberapa badan pelajar dari UTP dan juga beberapa NGO dari peringkat antarabangsa.

Logo Misi Khas : Bantuan Kemanusiaan
Gunung Merapi, Yogyakarta, Indonesia.


Banner Misi Khas : Bantuan Kemanusiaan
Gunung Merapi, Yogyakarta, Indonesia.


Antara badan yang terlibat adalah:


  • RAKAN MASJID (RM)
  • MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
  • RESIDENTAL COLLEGE SUPPORT UNIT (RCSU)
  • HAL EHWAL SISWI (HELWI)
  • MEDIA TECHNOLGY CLUB (MEDTECH)
  • Alumni Universiti Teknologi PETRONAS (ALUMNI UTP)
  • South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth  (SARMY)
  • Pusat Zakat/ Baitulmal Indonesia

Dengan berbekalkan moto,
"Kemanusiaan Tanggungjawab Semua"
misi khas ini telah pun bersedia untuk menyalurkan bantuan daripada rakyat malaysia kepada penduduk yang ditimpa bencana di sana di samping beberapa aktiviti kemasyarakatan yang telah disusun rapi oleh urusetia induk bagi program kemanusiaan ini.



Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang perjalanan kami di sana adalah:

1.    Penyerahan wang kutipan derma kepada mangsa-mangsa bencana.
2.    Memberi bantuan pendidikan dan motivasi kepada kanak-kanak di Indonesia.
3.    Membuat Kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kemanusiaan Indonesia dalam pembinaan prasarana dan pembinaan pusat komuniti masyarakat.
4.    Melakukan sesi perkongsian pintar dengan mahasiswa Malaysia yang terlibat secara langsung dengan bantuan kemanusian.
5.    Melakukan lawatan sambil belajar ke pusat pendidikan tinggi di Indonesia dan bertemu dengan kepimpinan mahasiswa.


Misi ini dijangkakan akan menelan belanja sebanyak RM30,000.
Sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia sangat di perlukan untuk membantu meringankan beban saudara kita di sana. Sebarang sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui,

To : Rakan Majid UTP (Tabung Kebajikan RM)

0807-0001107-20-8 (CIMB Islamic)


ATAU

Hubungi : Muizz (013-959 4930) / Zaiyinul (019-4549914)


Sertai dan ikuti kami di Laman Rasmi Facebook Misi UTP ke-2: 
http://www.facebook.com/MisiUTP.2

 

9 Januari 2010

Sekitar Pelancaran Banner Misi Kemanusiaan ke Padang, Indonesia




Assalamualaikum w.b.t,,

alhamdulillah..pada 7 Januari 2009, kami dari delegasi Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Ke Padang Telah mengadakan sesi pertemuan dengan Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin HAji Kasim, Rektor Universiti Teknologi Petronas yang merupakan orang yg paling tinggi di UTP.

Sesi pertemuan dengan beliau berlangsung selama 40 minit di bilik mesyuarat Pusat Pentadbiran UTP.
Dalam pertemuan itu,

1) Pengarah Projek, Saudara Mohf Akram bin Ismail, Presiden Rakan Masjid UTP telah membentangkan berkenaan objektif misi kemanusiaan ke Padang.,

2) Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin Haji Kasim amat-amat bersetuju dengan program yang telah dilaksanakan kami kerana membawa nama UTP ke mata dunia.

3) Delegasi ini juga akan berusaha membina pusat informasi dan media di tempat kajian sebagai salah satu usaha membangunkan kawasan tersebut..

Dalam pertemuan itu juga, kami telah melancarkan banner rasmi yang akan digunakan sepanjang program di sana....


dari kiri, Syawal (RCSU), Muid (MPPUTP), Dr. Raja (lecturer), Mohd Hakim (Alumni UTP), Mohd Akram (Presiden Rakan Masjid), Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin HAji Kasim (Rektor UTP), Tn Haji Mohamed Noor Rosli Baharom ( Director Student Services), Ustaz Rahmat ( Eksekutif MAsjid Annur), Mu'min (Rakan MAsjid), Abdul Hadi ( bekas Presiden SRM)

7 Januari 2010

Rektor UTP Melancarkan Misi Kemanusiaan Ke Padang, Indonesia UTP

8 Januari- Satu majlis ringkas pelancaran Misi Kemanusian Ke Padang, Indonesia UTP oleh Datuk Rektor UTP telah diadakan di pejabat Rektor Universiti Teknologi PETRONAS pada pukul 2.30 petang.

Pengarah projek, saudara Akram ketika sesi penerangan kepada pihak pentadbiran universiti

Datuk Rektor memberi amanat kepada anggota misi

Penasihat Misi Kemanusiaan Ke Padang, Ustaz Rahmat

Dr Raja Ahmad Iskandar, penasihat 2 misi
Ahli misi tekun mendengar amanat Datuk Rektor

Misi Kemanusiaan Padang, Indonesia Universiti Teknologi PETRONAS dilancarkan!

BERNAMA - UTP Students And Staff On A Humanitarian Mission To Padang


IPOH, Jan 6 (Bernama) -- Six students and two staff of Universiti Teknologi Petronas (UTP) will depart for Padang, Indonesia on Jan 16 for a four-day humanitarian mission to help victims of the powerful earthquake last year.

The mission is in collaboration with the university's Students' Representative Council and Residential College Support Unit.

The mission's director Muhammad Akram Ismail said while there, the team would hand over assistance in the form of cash, daily essentials and clothing.

"Throughout the four-day maiden mission, the UTP delegation members will work with agencies and voluntary bodies in Indonesia to provide aid to the victims," he told Bernama.

Muhammad Akram said mission members would also take part in rebuilding damaged infrastructure as well as houses.

-- BERNAMA


3 Januari 2010

Kronologi Gempa Padang


  • Gempa bumi Padang 2009 berskala 7.6 richter berlaku pada pukul 5.16 petang, 30 September 2009 di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Negara terlibat Indonesia, Singapura, Malaysia. Kematian melebihi 1100.
  • Titik gempa itu terletak di km 57 barat laut Pariaman di kedalaman 71 km. Kemudian disusuli gempa bumi kedua sebesar 6.2 pada skala richter pada 5.38 petang berpusat di km 22 ke barat laut Pariaman di kedalaman 22 km.
  • Datuk Bandar ( Wali Kota ) Padang menyatakan jumah mungkin bertambah kerana terperangkap dalam runtuhan bangunan termasuk hotel. Kota Padang gelap gelita akibat terputus bekalan elektrik dan hujan lebat. Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkibau ditutup sementara akibat kerosakan yang dialami. 1000 bangunan rosak teruk. Antaranya ialah Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky, Hotel Ambacang.
  • Saiz sebesar ini pernah berlaku pada tahun 1906 di San Francisco, tahun 1935 di Quetta, tahun 2001 di Gujerat, dan tahun 2005 di Kashmir. Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Holmes menyatakan 1100 terbunuh kerana 1000 bangunan runtuh termasuk hotel dan rumah di Padang. Rumah di Tasik Maninjau turut rosak kerana tanah runtuh setelah gempa bumi berlaku. Ada 3 gunung berapi di Sumatera Barat iaitu Gunung Merapi, Gunung Talang, dan Gunung Tandikat.
  • Pada 24 Disember lepas, sekali lagi bumi Padang berlaku gempa dengan 6.2 skala ritcher tapi dilaporkan tanpa sebarang kematian.