28 Disember 2010

Sasaran Baru "Misi Khas: Bantuan Kemanusiaan UTP" Ke-2

Seawal Januari 2009, satu pasukan misi bantuan khas kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia telah pun selamat menyampaikan bantuan. Antara gambar yang menjadi kenangan dan bukti kepada bantuan yang disalurkan adalah seperti di bawah.

Sebelum bertolak. Gambar diambil bersama Rektor UTP, Datuk Dr Zainal Abidin b Hj Kasim. 


Gambar kejayaan misi diambil bersama penduduk Padang, Indonesia.

Alhamdulillah~~

NAMUN.............

Seawal bulan November 2010, kita telah dikejutkan pula dengan satu kejadian bencana alam yang rakus meragut ratusan nyawa, ribuan tempat berteduh dan kemudahAN awam serta ratusan ribu yang terpaksa dikeluarkan dari tempat tersebut, yakni


LETUSAN GUNUNG MERAPI
YOGYAKARTA, INDONESIA

Letusan Gunung Merapi kuat yang berlaku pada 5 November 2010 lalu telah menyebabkan lebih 320,000 orang mangsa bencana terpaksa meninggalkan tempat kediaman, ribuan rumah kediaman musnah, manakala puluhan sekolah dan masjid rosak teruk. Lebih menyedihkan, lebih 300 orang maut dalam tragedi ini sehingga hari ini.Oleh itu, mereka sangat memerlukan bantuan untuk membina rumah kos rendah, pusat komuniti, pembaikpulihan sistem saliran dan bantuan alatan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, satu misi khas bantuan kemanusiaan berbekalkan 7 tenaga manusia ke sana telah pun dirangka yang melibatkan  beberapa badan pelajar dari UTP dan juga beberapa NGO dari peringkat antarabangsa.

Logo Misi Khas : Bantuan Kemanusiaan
Gunung Merapi, Yogyakarta, Indonesia.


Banner Misi Khas : Bantuan Kemanusiaan
Gunung Merapi, Yogyakarta, Indonesia.


Antara badan yang terlibat adalah:


  • RAKAN MASJID (RM)
  • MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
  • RESIDENTAL COLLEGE SUPPORT UNIT (RCSU)
  • HAL EHWAL SISWI (HELWI)
  • MEDIA TECHNOLGY CLUB (MEDTECH)
  • Alumni Universiti Teknologi PETRONAS (ALUMNI UTP)
  • South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth  (SARMY)
  • Pusat Zakat/ Baitulmal Indonesia

Dengan berbekalkan moto,
"Kemanusiaan Tanggungjawab Semua"
misi khas ini telah pun bersedia untuk menyalurkan bantuan daripada rakyat malaysia kepada penduduk yang ditimpa bencana di sana di samping beberapa aktiviti kemasyarakatan yang telah disusun rapi oleh urusetia induk bagi program kemanusiaan ini.



Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang perjalanan kami di sana adalah:

1.    Penyerahan wang kutipan derma kepada mangsa-mangsa bencana.
2.    Memberi bantuan pendidikan dan motivasi kepada kanak-kanak di Indonesia.
3.    Membuat Kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kemanusiaan Indonesia dalam pembinaan prasarana dan pembinaan pusat komuniti masyarakat.
4.    Melakukan sesi perkongsian pintar dengan mahasiswa Malaysia yang terlibat secara langsung dengan bantuan kemanusian.
5.    Melakukan lawatan sambil belajar ke pusat pendidikan tinggi di Indonesia dan bertemu dengan kepimpinan mahasiswa.


Misi ini dijangkakan akan menelan belanja sebanyak RM30,000.
Sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia sangat di perlukan untuk membantu meringankan beban saudara kita di sana. Sebarang sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui,

To : Rakan Majid UTP (Tabung Kebajikan RM)

0807-0001107-20-8 (CIMB Islamic)


ATAU

Hubungi : Muizz (013-959 4930) / Zaiyinul (019-4549914)


Sertai dan ikuti kami di Laman Rasmi Facebook Misi UTP ke-2: 
http://www.facebook.com/MisiUTP.2

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan