UTP bantu mangsa gunung berapi
Timbalan Pengarah Misi Khas Bantuan Kemanusiaan, Norhazini Awang, 22, berkata, misi itu kali kedua yang akan dilancarkan selepas Misi Bantuan Kemanusiaan UTP ke Padang Indonesia pada awal 2010.
Menurutnya, aktiviti itu dijalankan bagi memastikan rakyat negara ini lebih peka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
"Kami akan membantu mangsa dengan memberi motivasi kepada anak-anak yatim dan golongan ibu memandangkan kejadian itu mengubah banyak perkara dalam kehidupan mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Norhazini berkata, misi itu akan dianggotai wakil dari Rakan Masjid (UTP) dan beberapa badan pelajar lain dengan kerjasama Alumni UTP dan South East Asian Regional Assembly Muslim Youth (SARMY).
Menurutnya, program yang dijalankan selama empat hari itu akan bermula pada 5 hingga 8 Januari depan.
“Bagi merealisasikan misi itu kami masih memerlukan dana sebanyak RM30,000 untuk menampung pembinaan pusat komuniti, baik pulih sistem saliran dan beberapa perbelanjaan lain.
“Kami berusaha mengumpul dana itu melalui program amal, mengutip sumbangan daripada pensyarah dan syarikat tertentu," katanya.
Kepada individu yang berminat untuk menderma boleh menyalurkan bantuan ke CIMB Islamic Bank melalui akaun 0807-0001107-20-8, atas nama Rakan Masjid UTP.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung Pengarah Misi Bantuan Kemanusiaan ke Yogyakarta, Zaiyinul Ain di talian 019-4549914.
Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan