26 Julai 2011

Menjana Kewangan dan Kutipan Derma

Dianggarkan RM20,000 diperlukan bagi menampung kos projek ini. Ahli misi ke Padang pada kali ini akan berkunjung ke Bukittinggi, Payakumbuh, Tandikat dan Padang. Tandikat menjadi sasaran utama projek ini kerana tempat inilah yang menjadi "resettlement" setelah rosak teruk akibat gempa pada September 2009 yang lalu. Tandikat sekarang masih dalam proses pembangunan, justeru misi ini akan menyampaikan bantuan berupa bahan binaan kepada mereka.

Pelbagai usaha untuk penjanaan dana giat dijalankan. Projek ini bukan semata-mata bergantung kepada kutipan derma. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah menjual kebab, dadih, membuat Program Tahsin Al-Quran dan sebagainya. Biarpun usaha ini nampak kecil, tetapi ini menunjukkan komitmen kami dalam menjayakan projek mega ini.



Namun begitu, kutipan derma menjadi penyumbang terbesar untuk dana projek ini. Usaha kecil kami tidak mampu menampung kos projek yang besar. Kutipan derma dari kelas ke kelas, di surau-surau dan masjid-masjid, giat dijalankan.

Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan,
sila salurkan bantuan ke:
Akaun Bank Islam
SECRETARIAT GLOBAL UKHUWAH UTP
No Akaun :
0808-6010014-19-4

23 Julai 2011

Projek Susulan Misi Kemanusiaan ke Padang, Indonesia

PROJEK SUSULAN MISI KEMANUSIAAN UTP DI PADANG 2011
Akaun Bank Islam
SECRETARIAT GLOBAL UKHUWAH UTP
No Akaun :
0808-6010014-19-4
==============================​================
Sebuah program Khidmat Bakti Siswa sempena Ramadhan Discovery 2011 berupa projek susulan kepada Misi Kemanusiaan yang ulung-ulung kalinya diadakan pada tahun 2010 yang lepas. Sebagai kesinambungan kepada misi yang lalu, misi kali ini mengenalpasti lokasi masa gempa Padang yang berlaku pada 30 Sept 2009 untuk memperlengkapkan sarana dan prasarana masyarakat, pendidikan dan keperluan rumahtangga terutama sekali kawasan Tandikat yang merupakan lokasi paling teruk menerima impak bencana alam tersebut.

Misi yang lalu telah ikut serta menyediakan kemudahan untuk sekumpulan penduduk yang terpaksa dipindahkan dari kawasan asal mereka yang telah tertimbus dan memulakan hidup baru dalam penempatan baru. Sudah tentu dalam masa yang begitu singkat belum banyak yang mampu mereka buat untuk membina semula kehidupan mereka. Kita berharap sedikit sumbangan yang boleh kita beri kepada mereka bakal membantu mereka dalam mencapai semula tahap kehidupan yang selayaknya bagi mereka.



ANGGOTA KAMI :

Penaung
Tuan Hj M Noor Rosli bin Baharom
Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Pelajar & Alumni, UTP

Penasihat
Ustaz Rahmat bin Abu Seman
Pengurus, Unit Pentadbiran Masjid, UTP

Penyelia Program
Nazhatul Shima binti Zolkefli

Ketua Misi
Mohd Zulkefli bin Mohd Jamaluddin

Timbalan Ketua Misi
Rhahimi bin Dasril

Setiausaha
Nadhirah binti Mohd Nasir

Bendahari
Mohd Shahrull Ikmal bin Nordin

Anggota-anggota Misi
Wan Noor Izazee binti Wan Jusoh
Maziah binti Abu Mukhtar
Mohd Syahmi bin Mohd Zurhan
Muhd Hambali bin Nazaruddin
Mohd Arifullah bin Mohd Fozi
Nur Nadiah binti Abdul Rahman
Azmi Hadzalie bin Nordin
Sarfaraz Ahmad Khalid Maqsood

Alamat Urusetia Program:
Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan

No. Telefon :
019 4665187 (Zul )
013 5820580 (Shahrull )
016 4221418 (Ust Rahmat )
05-368 8502 ( Pejabat )

No. Fax : 05 – 3688505

11 Januari 2011

Travelogue Pejuang Misi - Syafiqah Najib




In the Name of Allah, The most Merciful, The most Beneficent. Welcome 2011. I started my new year with great experiences. It was a Special Humanitarian Mission to Yogyakarta. Who knows I’ll be the one who are selected to join this mission. Congrates Syafiqah! See how Allah realized your dua’. I always pray to have sometime being in somewhere out of Malaysia. I shouldn’t be giving up sketching my hope, my dream, my desire, my life. This is my first time to be abroad. Though Indonesia is just neighbouring country of Malaysia, it is enough to make me excited. I was crying in the flight from Malaysia to Yogyakarta. Yes, I was. The pain of losing my “Dream of Canada” is still here inside me. Unerasable. As I go through every second of the event, there are a lot more to be learnt. I divided it into two phases. The hardship and also the luxury of life.

1. Hardship

The first village we arrived is called Geblok, located in Sleman Smada, Yogyakarta, Indonesia. It is 14 kilometre in radius with Gunung Merapi. After having a very tough journey, we finally reach at the borderline between destruction and the green of life. One side have been destroyed by the eruption of Gunung Merapi, another one side is still ‘alive’.  On the destruction side, a place once before was a village with houses, crops and rivers are now buried with stone and dried lava. “This place now looks like an empty sandy hill” said Pak Hasyim. The local people said, the eruption will happen for once in every 4 years. But the eruption last November was the biggest and the worst. They never aspect the lava will reach until their places. When the night comes, we stayed in a shelter near to the location. Roughly all houses in that uptown area are featured with poor facilities, like few years back. The house that we stayed is not like the hostel in UTP anymore. The girls group consist of three, are given one very small room, with a single bad no mattress, no fan. Another tough moment that we all girls have to face is to share the small toilet-no-lock with boys. To go to the toilet, we have to pass trough ‘boy’s territory’, and there goes the hardship to secure your aurah as a muslim girl. Honestly, I’ve never been into that tough situation before. Alhamdulillah, He gives me a chance to feel how they feel. I’m so grateful for every single thing that He gave me in my life. He knows everything, be grateful is everything.
















2. Luxury

To be continued in Part 2

10 Januari 2011

UTP kutip dana untuk misi Yogyakarta - Harian Metro


PRIHATIN terhadap kesengsaraan mangsa gunung berapi Merapi, Yogyakarta Indonesia yang meletus, baru-baru ini, Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak dengan kerjasama Alumni UTP dan South East Asian Regional Assembly Muslim Youth (SARMY) melancarkan kutipan dana bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Yogyakarta Indonesia.

Program itu turut menyasarkan matlamat agar bantuan diterima mampu mengeratkan lagi perhubungan dan kerjasama antara dua negara. Misi kali kedua itu dilancarkan selepas Misi Bantuan Kemanusiaan UTP ke Padang Indonesia pada awal 2010 lalu yang dilanda gempa bumi.

Timbalan Pengarah Misi Khas Bantuan Kemanusiaan, Norhazini Awang, berkata pemilihan Yogyakarta mampu mengembalikan keceriaan penduduk selepas mengalami kesedihan akibat dilanda tragedi dahsyat.

Menurutnya, ia sebagai tanda sokongan UTP terhadap program kebajikan dan pembangunan sosial.

"Melalui misi ini, UTP berharap mampu membantu meredakan kesedihan ditanggung mangsa terbabit selain membuktikan keprihatinan kami.

"Misi ini memberi pendedahan warga UTP terhadap program kemanusiaan dan pengantarabangsaan," katanya.

Program empat hari itu memberi fokus utama kepada program motivasi kepada anak yatim termasuk golongan ibu kerana mereka berisiko mengalami trauma selain bimbingan memulakan kembali penghidupan.

Dana sebanyak RM30,00 diperlukan bagi menampung pembinaan pusat komuniti, baik pulih sistem saliran dan perbelanjaan lain.

"Kami berharap ada pihak prihatin menyokong usaha mewujudkan program ini di masa depan.

"Warga UTP sentiasa proaktif menjalankan misi kemanusiaan kerana yakin ia mampu menjana proses pendidikan berkesan," katanya.


Sumber: Harian Metro

1 Januari 2011

Usaha Kutipan Dana Giat Dijalankan

Antara usaha dalam objektif menjayakan misi ke Yogyakarta bagi membantu mangsa letusan Gunung Merapi adalah kutipan dana. Sedia maklum, misi ini pasti memakan belanja yang besar dan dianggarkan oleh secretariat misi bahawa jumlah perbelanjaan yang bakal dikeluarkan bagi membantu mangsa adalah lebih dari RM30 000.

Jadi antara ikhtiar yang telah dilaksanakan dari pihak pejuang-pejuang misi adalah kutipan dana secara mega di dalam UTP, luar UTP, kedai-kedai sekitar Perak, masjid-masjid dan juga sumbangan individu.

Alhamdulillah.. sepanjang 2 minggu lebih kami ‘berkampung’ di UTP telah menghasilkan banyak kutipan dana bagi membantu mangsa-mangsa Gunung Merapi terutamanya kanak-kanak kecil yang masih bersekolah. Kebanyakan daripada mereka telah kehilangan segalanya semasa rumah mereka dijilat oleh asap yang panas yang mengakibatkan kebakaran serius.

Keadaan rumah yang terbakar akibat debu panas daripada aliran lava.

Justeru AYUH!! kita terus hulurkan bantuan dan ringankan beban. InsyaAllah setiap sesuatu yang kita beri akan dibalas setimpal bahkan lebih baik daripada apa yang telah kita berikan.


“ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

( Surah Al Baqarah : Ayat 261 )


DETIK-DETIK SEKITAR KUTIPAN DANA

Tabung yang digunakan. Dibuat oleh pejuang misi sendiri.

Bincang. 

Idea.

Flyers.

Liqa Al-Mulk.

Berkongsi. 

Doa. 

Munajat.

Team Bola. 

Freestyle.

Pasar Malam. 

Pengarah. 

Sumbangan Halida. 

Sumbangan Syahara Caley. 

Sumbangan Hilwani Kedai Kek. 

Hilwani.

Sumbangan Dobi Speed Kleen 

Sumbangan V5 Water World

Sumbangan Kedai Kak Sufiah 

Mencari. 

Memasang.

Masih memasang. 

Alhamdulillah.
   
Masjid Negeri Ipoh.


SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI

Rakan Masjid UTP (Tabung Kebajikan RM)
0807-0001107-20-8 (CIMB Islamic)

ATAU

Hubungi : Muizz (013-959 4930) / Zaiyinul (019-4549914)

29 Disember 2010

Kenyataan Rasmi Presiden Rakan Masjid : Misi Khas UTP





KENYATAAN MEDIA (29 DISEMBER 2010)

MISI KHAS BANTUAN KEMANUSIAAN GUNUNG MERAPI, YOGYAKARTA

Bersyukur kepada ALLAH Tuhan sekalian alam yang memberikan kesempatan untuk kita menikmati kehidupan. Saban tahun bencana alam terjadi dan pada akhir Oktober 2010, dunia  digemparkan dengan letusan Gunung Merapi yang serius  di Yogyakarta, Indonesia.

Atas kesedaran semangat kemanusiaan dan tolong menolong, sebuah misi khas kemanusiaan akan dilancarkan pada 5 Januari 2011 hingga 8 Januari 2011 yang dianjurkan oleh Sekretariat Misi Khas Bantuan Kemanusiaan Gunung Merapi Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Sekretariat ini dianggotai oleh Rakan Masjid UTP (RMUTP), Majlis Perwakilan Pelajar UTP (MPPUTP), Unit Sokongan Kolej Kediaman UTP (RCSU UTP), Kelab Media dan Teknologi UTP (MEDTECH), Hal Ehwal Siswi UTP (HELWIUTP) dengan kerjasama Alumni UTP dan South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (SARMY). Misi ini merupakan misi kedua yang dilancarkan selepas misi pertama ke Padang pada awal Januari 2010.

Sehingga kini, lebih daripada 350 000 orang telah terkesan dengan dahsyat akibat daripada letusan Gunung Merapi. Dilaporkan bahawa 353 orang maut disebabkan bencana tersebut, kebanyakannya akibat daripada arus debu yang panas. Perhubungan udara dan darat juga banyak terganggu. Kini semakin ramai yang merana dan terpaksa bersusah payah menghadapi saat-saat getir hidup dalam ketakutan, trauma, kemiskinan dan kesusahan.

Justeru, misi selama 4 hari ini berhasrat untuk membantu penduduk Yogyakarta dalam pembinaan semula infrastruktur yang penting seperti membangun perkara asas Pusat Komuniti Sejahtera, perbetulan saliran paip, pemberian alatan sekolah, penyerahan bantuan khas, membaik pulih kebun tanaman dan motivasi menghilangkan trauma kepada masyarakat dan anak-anak yatim. Sesungguhnya semua ini memerlukan bantuan dan sokongan padu dari seluruh rakyat Indonesia dan Malaysia sendiri dari segi kewangan dan doa.

Misi ini juga bercadang untuk membina jaringan perhubungan bersama badan-badan bukan kerajaan (NGOs) kemanusiaan di Malaysia dan Indonesia serta membina hubungan baik sesama mahasiswa Malaysia dan Indonesia. Sesungguhnya, dengan adanya perhubungan ini akan memberi kemudahan kepada warga Malaysia khususnya mahasiswa untuk mempelajari seni bantuan kemanusiaan. Hasil misi ini akan dikongsikan bersama warga Malaysia dan khususnya warga Universiti Teknologi PETRONAS yang memberikan sokongan penuh kepada misi khas ini.

Kami juga ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya mereka yang telah banyak menyumbang kewangan ke dalam tabung kemanusiaan Gunung Merapi ini. Sesungguhnya bencana ini memberi peringatan kepada kita untuk sentiasa bersyukur kepadaNYA dan memberi bantuan kepada yang memerlukan.



Zaiyinul Ain Bin Zainal Rafit
Pengarah Misi Khas Bantuan Kemanusiaan Gunung Merapi,
Merangkap Presiden,
Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS.
zain.ain90@gmail.com || 019-4549914

Kronologi Letusan Gunung Merapi

Untuk makluman, terdapat 4 seismograf untuk memantau aktiviti gunung berapi Merapi, yang diletakkan di Klatakan / Babadan / Magelang (sisi barat); Pusunglondon / Selo / Boyolali (utara); deles / Kuala Lumpur (timur / tenggara); dan Plawangan / Turgo / Kaliurang ( selatan).

Balai Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Kegunungapian (BPPTK)
Menjelang Pukul 16.00 WIB
Aktiviti gunung berapi semakin meningkat, selepas timbulnya status "Awas" sejak sehari sebelumnya. Secara visual melalui kamera yang diletakkan di pos pemantauan di lereng Merapi tidak boleh dipantau langsung kerana tertutup kabus tebal sejak beberapa jam sebelumnya. Bahkan pos-pos yang berada di lereng Merapi pun melaporkan bahawa mereka tidak boleh memantau secara visual. Komunikasi melalui rangkaian radio HT.
Pukul 16.00 - 17.00 WIB
Ada peningkatan aktiviti cukup signifikan meliputi gempa vulkanik, multiphase (MP), guguran, dll.Tapi masih dianggap belum 'cukup' merbahaya. Tak ada gambaran visual sama sekali. Semua hanya bergantung pada alatan-alatan. Wawancara oleh sejumlah media nasional pada pegawai berkaitan kemungkinan / senario letusan yang akan terjadi.
Pukul 17.00 - 17.30 WIB
Terjadi lonjakan aktiviti gunung berapi yang sangat tajam, terutama mulai pukul 17.02 WIB, yang ternyata adalah pancutan asap panas. Empat seismograf tadi semuanya mencatat amplitud getaran yang sangat besar, bahkan jarumnya pun terlepas berkali-kali. Pegawai monitoring mulai sibuk dan panik luar biasa, apalagi kerana besarnya amplitud dan kejadian ini berlaku untuk masa yang panjang. Pos-pos pemerhatian di lereng pun juga melaporkan kejadian yang sama. Semua tertutup kabus tebal. Tak ada yang mampu menduga ada apa di balik kabus tebal itu.
17.30 WIB - 18.30 WIB
Kabus masih sangat tebal dan mula gelap. Semakin sukar untuk mengetahui apa yang terjadi di Merapi. Empat seismograf masih saja mencatat getaran yang sangat besar (dan lagi-lagi beberapa kali jarumnya banyak kali terlepas dari had normal, dan gulungan-gulungan kertasnya diganti cepat sekali - padahal normalnya 12 jam sekali). Pegawai menyatakan ada 3 kali letusan & letusan awan panas dan kemungkinan eksplosif menyebar ke semua arah. Pegawai pusat memperintahkan pada semua petugas pos di lereng merapi untuk langsung meninggalkan pos, turun untuk evakuasi. Pegawai juga telah menghubungi bantuan di beberapa tempat, untuk dilakukan evakuasi paksa untuk warga. Sirene di berbagai tempat dibunyikan. Rangkaian radio HT mulai sangat sibuk, begitu pula rangkaian telefon di semua pos. Beberapa petugas terlihat sangat panik, Sambil terus berdoa dan bertakbir.
Pukul 18.30 - 19.00 WIB
Pegawai pusat mengeluarkan kenyataan / maklumat rasmi pada media, tentang terjadinya letusan ini, serta fokus sekarang adalah pada proses evakuasi. Aktiviti gunung berapi yang dikesan di seismograf mulai menurun, kecuali 1 seismograf di Plawangan / Turgo / Kalikuning.Pegawai bimbang daerah sekitar Kinahrejo (tempat mbah Maridjan), Kaliadem, dan sekitar lereng selatan Merapi.
19.00 WIB - ...
Pegawai di pos-pos pemerhatian lereng Merapi naik kembali ke pos mereka (tapi beberapa masih dilarang untuk kembali untuk beberapa ketika). Hujan kerikil dan abu mulai dilaporkan oleh pos-pos pemantauan, terutama di daerah barat daya Merapi. Bau belerang juga boleh dicium daripada lereng. Aktiviti Merapi dipantau dari seismograf, terus cenderung turun, walau beberapa kali kadang terjadi guguran material. Secara visual Merapi masih tertutup kabus, sehingga tidak ada mampu melihat 'seberapa besar letusan, kemana arah awan panas, dsb'. Keadaan pegawai mulai tenang. Wartawan dan media masih terus bersedia di pusat pemantauan, dan beberapa menyusul naik ke Kaliurang.
Aftermath
Pegawai BPPTK menyatakan Merapi sekarang ini sedang dalam keadaan "tidur nyenyak" selepas aktiviti tadi. Belum diketahui, apakah akan ada aktiviti gunung berapi susulan lagi. Mereka sempat bimbang, jika yang berlaku tadi hanyalah / baru awal saja. Sebagaimana pola-pola erupsi Merapi yang sebelumnya, yang biasanya kecil dulu, lalu sederhana, besar, berkurang, kembali ke normal lagi, dst. Titik api / aliran lahar juga belum boleh disahkan. Apa yang terjadi tadi lebih besar daripada yang berlaku tahun 2006.
Lokasi yang terkena letusan / awan panas petang tadi, kemungkinan besar daerah-daerah sekitar lereng Merapi, dalam radius 4-6 km, terutama lereng selatan.
Abu / debu gunung berapi dilaporkan bahkan sampai Gombong - Kebumen. Evakuasi masih terus dilakukan.

Versi rasmi keluaran BPPTK

Kronologi Letusan Gunung Merapi 26 Oktober 2010
1. Pukul 17.02 mulai terjadi awanpanas selama 9 minit.
2. Pukul 17.18 terjadi awanpanas selama 4 minit.
3. Pukul 17.23 terjadi awanpanas selama 5 minit.
4. Pukul 17.30 terjadi awanpanas selama 2 minit.
5. Pukul 17.37 terjadi awanpanas selama 2 minit.
6. Pukul 17.42 terjadi awanpanas besar selama 33 minit.
7. Pukul 18.00 sampai dengan pukul 18.45 terdengar suara gemuruh dari Pos pengamatan G.Merapi Jrakah dan Selo.
8. Suara dentuman sebanyak 3 kali terjadi pada pukul 18.10, pukul 18.15, dan pukul 18.25.
9. Pukul 18.16 terjadi awanpanas selama 5 minit.
10. Pukul 18.21 terjadi awanpanas besar selama 33 minit.
11. Dari Pos Pengamatan G. Merapi Selo terlihat nyala api bersama medan asap membumbung ke atas setinggi 1,5 km dari puncak G. Merapi.
12. Pukul 18.54 aktiviti awanpanas mulai mereda.
13. Luncuran awanpanas mengarah ke sektor Barat-Barat Daya dan sektor Selatan-Tenggara.
Ketua Jabatan Geologi, Kepala Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi.
Dr. Surono