26 Julai 2011

Menjana Kewangan dan Kutipan Derma

Dianggarkan RM20,000 diperlukan bagi menampung kos projek ini. Ahli misi ke Padang pada kali ini akan berkunjung ke Bukittinggi, Payakumbuh, Tandikat dan Padang. Tandikat menjadi sasaran utama projek ini kerana tempat inilah yang menjadi "resettlement" setelah rosak teruk akibat gempa pada September 2009 yang lalu. Tandikat sekarang masih dalam proses pembangunan, justeru misi ini akan menyampaikan bantuan berupa bahan binaan kepada mereka.

Pelbagai usaha untuk penjanaan dana giat dijalankan. Projek ini bukan semata-mata bergantung kepada kutipan derma. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah menjual kebab, dadih, membuat Program Tahsin Al-Quran dan sebagainya. Biarpun usaha ini nampak kecil, tetapi ini menunjukkan komitmen kami dalam menjayakan projek mega ini.



Namun begitu, kutipan derma menjadi penyumbang terbesar untuk dana projek ini. Usaha kecil kami tidak mampu menampung kos projek yang besar. Kutipan derma dari kelas ke kelas, di surau-surau dan masjid-masjid, giat dijalankan.

Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan,
sila salurkan bantuan ke:
Akaun Bank Islam
SECRETARIAT GLOBAL UKHUWAH UTP
No Akaun :
0808-6010014-19-4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan