APA ITU MISI UTP?

NAMA PROGRAM
Misi Khas Bantuan Kemanusiaan Gunung Merapi, Yogyakarta Indonesia.

TARIKH
5-8 JANUARI 2010

LOGO RASMI


TEMA
"Kemanusiaan Tanggungjawab Semua"


LOKASI MISI


OBJEKTIF
  1. Menyampaikan bantuan dana dari kampus UTP dan NGO SARMY ke Yogyakarta.
  2. Meninjau dan merasai sendiri penderitaan mangsa letusan gunung berapi Yogyakarta.
  3. Mewujudkan rasa prihatin dan tanggungjawab kepada saudara-saudara di Indonesia.
  4. Membina hubungan dengan pelajar Malaysia di Indonesia.
  5. Mewujudkan ikatan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia dan Indonesia.
  6. Untuk melibatkan wakil pelajar UTP dengan misi di peringkat antarabangsa




RANCANGAN AKTIVITI
  1. Penyerahan wang kutipan derma kepada mangsa-mangsa bencana.
  2. Memberi bantuan pendidikan dan motivasi kepada kanak-kanak di Indonesia.
  3. Membuat Kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kemanusiaan Indonesia dalam pembinaan prasarana dan pembinaan pusat komuniti masyarakat
  4. Melakukan sesi perkongsian pintar dengan mahasiswa Malaysia yang terlibat secara langsung dengan bantuan kemanusian
  5. Melakukan lawatan sambil belajar ke pusat pendidikan tinggi di Indonesia dan bertemu dengan kepimpinan mahasiswa


BANTUAN DAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA SANGAT DIDAMBAKAN MEREKA! 





SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI

Rakan Masjid UTP (Tabung Kebajikan RM)
0807-0001107-20-8 (CIMB Islamic)

ATAU

Hubungi : Muizz (013-959 4930) / Zaiyinul (019-4549914)