1 Januari 2011

Usaha Kutipan Dana Giat Dijalankan

Antara usaha dalam objektif menjayakan misi ke Yogyakarta bagi membantu mangsa letusan Gunung Merapi adalah kutipan dana. Sedia maklum, misi ini pasti memakan belanja yang besar dan dianggarkan oleh secretariat misi bahawa jumlah perbelanjaan yang bakal dikeluarkan bagi membantu mangsa adalah lebih dari RM30 000.

Jadi antara ikhtiar yang telah dilaksanakan dari pihak pejuang-pejuang misi adalah kutipan dana secara mega di dalam UTP, luar UTP, kedai-kedai sekitar Perak, masjid-masjid dan juga sumbangan individu.

Alhamdulillah.. sepanjang 2 minggu lebih kami ‘berkampung’ di UTP telah menghasilkan banyak kutipan dana bagi membantu mangsa-mangsa Gunung Merapi terutamanya kanak-kanak kecil yang masih bersekolah. Kebanyakan daripada mereka telah kehilangan segalanya semasa rumah mereka dijilat oleh asap yang panas yang mengakibatkan kebakaran serius.

Keadaan rumah yang terbakar akibat debu panas daripada aliran lava.

Justeru AYUH!! kita terus hulurkan bantuan dan ringankan beban. InsyaAllah setiap sesuatu yang kita beri akan dibalas setimpal bahkan lebih baik daripada apa yang telah kita berikan.


“ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

( Surah Al Baqarah : Ayat 261 )


DETIK-DETIK SEKITAR KUTIPAN DANA

Tabung yang digunakan. Dibuat oleh pejuang misi sendiri.

Bincang. 

Idea.

Flyers.

Liqa Al-Mulk.

Berkongsi. 

Doa. 

Munajat.

Team Bola. 

Freestyle.

Pasar Malam. 

Pengarah. 

Sumbangan Halida. 

Sumbangan Syahara Caley. 

Sumbangan Hilwani Kedai Kek. 

Hilwani.

Sumbangan Dobi Speed Kleen 

Sumbangan V5 Water World

Sumbangan Kedai Kak Sufiah 

Mencari. 

Memasang.

Masih memasang. 

Alhamdulillah.
   
Masjid Negeri Ipoh.


SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI

Rakan Masjid UTP (Tabung Kebajikan RM)
0807-0001107-20-8 (CIMB Islamic)

ATAU

Hubungi : Muizz (013-959 4930) / Zaiyinul (019-4549914)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan